Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya SATU kredit dalam mana-mana mata pelajaran DAN lulus Matematik;
3.Tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
|
Tempoh Pengajian | 3 semester kuliah + 1 semester LI bersamaan 24 bulan |
SINOPSIS
Selaras dengan perkembangan dan perubahan pesat dalam bidang teknologi telekomunikasi di Malaysia, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) memperkenalkan program baharu iaitu Sijil Teknologi Telekomunikasi. Melalui perkembangan ini, pelbagai inovasi dihasilkan sehingga membolehkan komunikasi kini dilakukan dengan lebih pantas tanpa batas. Teknologi telekomunikasi masa kini melibatkan sistem dan peralatan yang canggih dan terkini. Antara teknologi yang dikenal pasti adalah seperti telefon mudah alih (mobile), internet, 4G (Fourth Generation), WiFi (wireless-fidelity), PABX, penggunaan teknologi tanpa wayar (wireless), gentian optik, Fiber to the home (FTTH), Voice over Internet Protocol (VoIP). Teknologi ini telah menggunakan pelbagai medium yang lebih canggih bagi menghubungkan manusia dengan perkakasan seperti satelit, kabel gentian optian dan isyarat radio yang mampu menghantar, menyalur dan menerima isyarat serta maklumat dengan lebih jelas. Selain itu, teknologi ini juga disokong dengan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar juga telah dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh negara dan melalui penyambungan dengan wayar dan tanpa wayar. Justeru, tenaga mahir dalam bidang teknologi telekomunikasi dilihat sebagai salah satu keperluan utama pasaran kerja di Malaysia.