PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II 2023/2024 KOLEJ KOMUNITI AMPANG

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II 2023/2024 KOLEJ KOMUNITI AMPANG

Telah berlangsung Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2023/2024 bagi pelajar program Diploma Teknologi Telekomunikasi (DTT) dan Diploma in Mobile Technology (DMT) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 30hb Januari 2024
Masa : 8.00 Pagi

Proses pendaftaran pelajar baharu sesi II 2023/2024 telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Taklimat kepada ibu bapa pelajar baharu juga turut diadakan bersama Puan Sazuan Nazleen bt Mohd Azam, Pengarah Kolej Komuniti Ampang serta Pengurusan KKAS di Dewan Kuliah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Ampang dan juga pelajar sukarelawan yang telah terlibat secara langsung pada hari ini.
Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar baharu sesi II 2023/2024