LAWATAN AKADEMIK KE KOLEJ KOMUNITI AMPANG 
PROGRAM SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN, KOLEJ KOMUNITI ARAU

Lawatan Akademik Ke Kolej Komuniti Ampang
Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian, Kolej Komuniti Arau
4 Mac 2024 (Isnin)
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Pelajar semester 2 dan 3 (35 orang)
Pensyarah 5 Orang

Terima kasih di atas kehadiran pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar  daripada Kolej Komuniti Arau yang diketuai oleh Puan Sofiah Binti Bakar.
Pelajar-pelajar di beri pendedahan tentang peluang sambung belajar Diploma di KK Ampang.
Ketua Program DTT Puan Zaidah Binti Mustafa dan Ketua Program DMT Encik Maizar Bin Muhamad telah menerangkan kepada pelajar-pelajar KK Arau peluang sambung belajar dan apakah peluang yang ada untuk pergi ke menara gading atau pun peluang kerjaya di bidang Telekomunikasi dan juga Mobile Phone Technologies.
Pelajar-pelajar dibawa melawat ke fasiliti yang terdapat di Kolej Komuniti Ampang terutama di Bengkel Baik pulih telefon dan juga Makmal Telekomunikasi.
Semoga dengan lawatan ini pelajar-pelajar berminat untuk sambung belajar di Kolej Komuniti Ampang bidang Diploma DTT atau DTT pada sesi II 2024/2025 pada tahun 2025..