Misi Bantuan Banjir Pahang

 

Syabas dan tahniah kpd Ustazah Siti Hassanah, En Farizal dan En Hafiz , En Razali dan semua warga Ampang yang telah secara langsung dan tidak langsung dalam usaha Kolej Komuniti Ampang dalam mengumpulkan sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.
 
Semoga Allah akan memberikan ganjaran di atas budi baik tuan tuan dan puan puan semua di Syurga kelak.
 
“Sumbangan anda sangat berharga buat mereka’
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, telah berlangsung pemunggahan barang ke dalam lori yang akan membawa sumbangan warga kolej Komuniti Ampang dan penduduk Ampang untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir di Temerloh, Pahang.
Pihak Kolej Komuniti Ampang telah berkerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang telah diketuai oleh Tuan Hj. Fadhil bin Osman bagi menyempurnakan Misi Bantuan Banjir ke PKOB Temerloh.
Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kolej Komuniti Ampang, MAPIM dan penduduk Ampang yang sudi menghulurkan bantuan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan misi mulia ini.
Semoga segala sumbangan tuan-puan diberkati dan semoga amalan seperti ini akan sentiasa diamalkan oleh semua.