Misi Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir Pantai Timur 

 

Sumbangan Keperluan Asas Untuk Mangsa Banjir Di Pantai Timur ( Pahang, Terengganu dan Kelantan)

Pertanyaan & Sumbangan, sila hubungi (whatapps)

Hafiz : 017-8218081

Farizal : 019-2502881

Razali : 012-3694384

 


 
Hari Pertama kutipan sumbangan bagi Misi Bantuan Kecemasan bagi Mangsa Banjir di Pantai Timur. Terima kasih kami ucapkan💕
 
Pasukan Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Dan Pasukan institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Ampang sedang dalam usaha mengumpul sumbangan keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir.
 
Bantuan boleh dalam bentuk tunai / barangan boleh diserahkan kepada pihak kami pada ketetapan berikut:
Tarikh: 16-17 Jan 2021 (Sabtu & Ahad)
Masa: 11pagi sehingga 1 petang
Tempat: Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Ampang, Selangor
 
Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak kami melalui talian yang diberikan.
Semoga sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir. Sesungguhnya sumbangan ikhlas ini amat bermakna kepada mereka yang memerlukan. 😉
 


 

Hari terakhir kutipan sumbangan bagi Misi Bantuan Kecemasan bagi Mangsa Banjir di Pantai Timur. Terima kasih kami ucapkan💕
 
Alhamdulillah, Warga Kolej Komuniti Ampang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penduduk Bukit Indah Ampang dan Ampang Jaya, warga Selangor dan Kuala Lumpur kerana telah sudi menyumbangkan barang barang keperluan dan makanan untuk mangsa banjir. Kami akan sentiasa update berita sehingga amanah ini sampai kepada golongan sasaran. Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban mereka. Sumbangan anda adalah sangat bermakna buat mereka.