Pengenalan kolej komuniti ampang

Bangunan Komuniti Ampang telah dibeli pada tahun 2009 tetapi kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan bangunan dijalankan dalam tempoh itu. Maka, Kolej Komuniti Ampang telah beroperasi di kampus sementara iaitu di premis Kolej Komuniti Langat, bermula 2 Julai 2013. Kolej ini mula beroperasi di bangunan sendiri yang terletak di Pusat Bandar Bukit Indah, Ampang, Selangor pada tanggal 2 Ogos 2015. Terdapat dua program diploma dan satu program sijil yang menawarkan di situ iaitu Diploma Teknologi Telekomunikasi, Diploma in Mobile Teknologi dan Sijil Teknologi Telekomunikasi. 

Penubuhan Kolej Komuniti Ampang adalah bertujuaan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang  kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Pelan Lokasi

imbas lokasi kami

Kolej Komunti Ampang Lot Pt 3890, 25 & 27, Jalan Bukit Indah 4, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor.