Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64

Marilah bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dengan menzahirkan rasa cinta dan patriotisme kepada Negara melalui mengibarkan Jalur Gemilang. 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Warga Kolej Komuniti Ampang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Tahun ini merupakan ulangtahun ke 64 Malaysia setelah Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita menghargai nilai kemerdekaan yang ada pada setiap sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia. Walaupun kita berhadapan dengan pelbagai masalah seperti wabak pandemik Covid-19 sekarang, kita perlu kekal bersatu dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Malaysia Prihatin Tema Hari Kebangsaaan 2020-2021. Gabungan dua perkataan ini memberi gambaran bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang berganding-bahu memastikan wabak ini dapat dikekang dan akhirnya nanti membebaskan Malaysia daripada ancaman Covid-19.