Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1442H

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1442H kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia.

Kepada Allah SWT kita mohonkan semoga wabak COVID-19 segera berakhir. Sesungguhnya, pertolongan dan rahmat Allah itu bersama hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha gigih, bersabar dan bertawakal. Insya-Allah kita akan berjaya.

Semoga juga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua.

Dengan ingatan tulus ikhlas, kami warga Kolej Komuniti Ampang menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa.

آمِيّنْ آمِين.. يَارَبَّ العَـــالَمِيْن