Program TVETPreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan) di Kolej Komuniti

Program TVETPreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan) merupakan sebuah program latihan jangka pendek yang berteraskan keusahawanan bagi menyahut seruan kerajaan dan seterusnya menjayakan matlamat Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Ianya bertujuan untuk melatih golongan belia, alumni IPTA atau lepasan menengah yang masih menganggur dalam melahirkan sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, berdaya tahan serta daya saing yang tinggi, khususnya dalam aspek penjanaan pendapatan melalui aktiviti perniagaan.

Di akhir program ini, peserta program akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran keusahawanan untuk memulakan serta menguruskan sebuah perniagaan baharu. Peserta akan dianugerahkan Sijil TVETpreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan) berdasarkan bidang pengkhususan yang diambil.

Tahniah kepada semua peserta yang terpilih dan selamat menjalani pembelajaran secara online yang bakal bermula pada 14 Jun 2021. Semoga program ini dapat membantu para graduan untuk menjadi usahawan yang berkemahiran dan seterusnya dapat menjana pendapatan

Kolej Komuniti Ampang menawarkan Program TvetPreneurship Sijil Keusahawanan (Servis & Baik Pulih Telefon Pintar). Terdapat 10 video peserta program TvetPreneur sijil Keusahawanan ( Servis & Pulih Telefon Pintar) seperti dibawah yang akan berlangsung selama 5 bulan bermula pada 14 Jun 2021.