infaq ramadhan 2021

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan...

Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Komuniti Ampang akan menganjurkan Program Infaq Ramadhan 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 30 April 2021 (Jummaat). Antara aktiviti adalah gotong royong memasak dan agihan bubur lambuk, serta program santuni anak yatim.

Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah hati memohon sedikit sumbangan daripada tuan/ puan sekurang- kurangnya RM 20/seorang bagi merealisasikan program ini.

Sumbangan boleh diserahkan kepada Cik Nurul Syafiqah bermula pada 22 April 2021.

Tentatif:
22- 26 April : Kutipan sumbangan
27- 29 April : Pembelian Barang Keperluan
30 April : Gotong royong, agihan bubur lambuk dan santuni anak yatim

Program Infaq Ramadhan 2021 ini juga akan turut dibantu oleh pelajar Diploma Teknologi Telekomunikasi (DTT1).

Semoga semua amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan daripadaNya. Terima Kasih

Sedang berlangsung PROGRAM INFAQ RAMADHAN 2021 yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Ampang. Antara aktiviti adalah gotong royonh memasak dan agihan bubr lambuk bagi sekitar komuniti Bukit Indah Ampang, serta program santuni Pertubuhan Kebajikan Nur Hati. Pertubuhan Kebajian Nur Hati merupakan sebuah pusat jaggan dan perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak serta pusat pemulihan akhlak dan akidah. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.