MAJLIS PENYERAHAN PINGAT DAN CENDERAHATI BAGI PROGRAM "SAYA NAK SIHAT KOLEJ KOMUNITI 2021"

Telah berlangsung sebentar tadi Majlis Penyerahan Pingat dan Cenderahati bagi Program "Saya Nak Sihat Kolej Komuniti 2021" oleh Yang Berusaha, Puan Sazuan Nazleen, Pengarah Kolej Komuniti Ampang.

Warga Kolej Komuniti Ampang mengucapkan sekalung tahniah kepada Johan Weight Loss Challenge Kategori Staff iaitu Encik Khairulnizam Bin Zulkifli dan Naib Johan Weight Loss Challenge Kategori Pelajar iaitu Cik Nur Milia Safiah Binti Rosli serta Muhammad Syafiq Najmi Bin Sapar yang telah mendapat pingat dan cenderahati bagi penyertaaan beliau dalam Planking Exercise.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dan atas kelolaan Pusat Kecemerlangan Bakat Atlet (PKBAT) Kolej Komuniti Malaysia.

SYABAS DAN TAHNIAH!!