Majlis Perasmian Penutupan "SAYA NAK SIHAT" Kolej Komuniti 2021

Telah berlangsung sebentar tadi Majlis Penutupan Program "Saya Nak Sihat Kolej Komuniti 2021". Warga Kolej Komuniti Ampang mengucapkan sekalung tahniah kepada Johan Weight Loss Challenge Kategori Pelajar iaitu Encik Khairulnizam Bin Zulkifli dan Naib Johan Weight Loss Challenge Kategori Pelajar iaitu Cik Nur Milia Safiah Binti Rosli. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dan atas kelolaan Pusat Kecemerlangan Bakat Atlet (PKBAT) Kolej Komuniti Malaysia. Syabas dan Tahniah!!