Penutupan Minggu Tvet Negara dan penyerahan Sijil
Kolaborasi Strategik (Certificated of Collaboration)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, telah berlangsung Penutupan Minggu Tvet Negara dan penyerahan Sijil Kolaborasi Strategik (Certificated of Collaboration) diantara Kolej Komuniti Ampang dengan SKMG Asia Technology Sdn. Bhd. yang telah berlangsung di Dewan Al-Jazari, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 24 Jun 2022. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Rosdin Bin Abdul Kahar selaku Pengarah Syarikat SKMG Asia Technology Sdn. Bhd. diatas kolaborasi strategik tersebut. Diharap ianya akan memberi manfaat bersama.