Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2022 Pre-Qualification

Kolej Komuniti Ampang akan menghantar dua orang pelajar iaitu Abdul Jabbar bin Yusof dan Nor Iman bin Mustafa berserta dua pegawai pengiring iaitu Encik Muhammad Sharif bin Abdullah dan Encik Farizal bin Marzuki untuk menyertai Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2022 Pre-Qualification. Puan Pengarah telah memberikan beberapa pesanan dan kata semangat kepada wakil pelajar agar berjaya di dalam program itu kelak

Julung kalinya penyertaan Pelajar Kolej Komuniti Ampang dalam WorldSkills Malaysia Belia (WSMB). Warga Kolej Komuniti mendoakan agar pelajar (Nor Iman & Abdul Jabbar) BERJAYA dalam Pra-Kelayakan ini dan melayakkan ke Peringkat Akhir. Pertandingan akan berlangsung bermula 2 - 5 Jun 2022. Apa jua keputusan, pihak KKAS berbangga dengan keberanian dan kesungguhan pelajar untuk terus meningkatkan prestasi diri dan kompetensi bidang diceburi.
Sama-sama kita doakan mereka berjaya 🤲
Nota:
Terima kasih kepada Jurulatih - En Mohd Farizal dan En Muhammad Sharif..