Hari Kedua Keusahaawanan Kolej Komuniti Ampang dikunjungi
oleh YP Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Assalamualaikum dan salam sejahtera, beberapa aktiviti telah berlangsung di Kolej Komuniti Ampang pada hari ini. Antaranya adalah, YB Puan Haniza Binti Mohamed Talha, Adun Lembah Jaya, Ampang, Selangor telah singgah ke gerai-gerai sempena Hari Keusahawanan Kolej Komuniti Ampang 2022 dalam rangka lawatan YB ke sekitar Bukit Indah, Ampang. Kami turut menghidangkan pelbagai juadah yang dijual oleh Pelajar-Pelajar dari Kelas STT2 kepada YB Puan Haniza Binti Mohamed Talha.

Kolej Komuniti Ampang sangat berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada pihak YB Puan Haniza Binti Mohamed Talha. Terima kasih kerana sudi singgah ke program kami sekaligus telah memeriahkan program yang berlangsung di Kolej Komuniti Ampang. Terima kasih juga atas sokongan semua yang menjayakan semua program ini.
Warga Kolej Komuniti Ampang ingin menjemput komuniti setempat untuk bersama-sama memeriahkan hari terakhir bagi Program Keusahawanan Kolej Komuniti Ampang 2022 yang akan berlangsung esok.