Kursus Asas Sambungan Fiber Optik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kursus Asas Pemasangan Fiber Optik bagi pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Jasin (KKJS) bertempat di Kolej Komuniti Ampang, Selangor. Kursus ini mengajar tentang pemasangan dan penyambungan kabel fiber optik sebagaimana ditetapkan dalam rubrik penilaian kursus. Kursus sedang berlangsung seperti ketetapan berikut:

Kursus: Asas Pemasangan Fiber Optik
Tarikh: 17 dan 18 Mei 2022 (Selasa dan Rabu)
Masa: 7.00 pagi - 6.30 petang
Tempat kursus: Kolej Komuniti Ampang, Selangor
Tenaga Pengajar: Pn Ilyani, En Sayyid, Pn Siti Rafidah, En Razali